Blogger Backgrounds

Rabu, 3 Ogos 2011

s e r i m u k a~!!!!

RESEPI KUIH SERI MUKA

Bahan

Bahagian bawah

  • 275 gm pulut (direndam semalaman atau sekurang-kurangnya 6 jam)
  • 195 ml pati santan (untuk kastard)
  • ½ sudu garam
  • 1 helai daun pandan


Bahagian atas

  • 3 biji telur
  • 170 gm gula pasir
  • 1 sudu air daun pandan
  • 195 gm pati santan


Cara membuat

  1. Sediakan pengukus; Masak air sekitar 3/4 periuk kukus dan satu cerek lagi untuk air tambah.
  2. Sediakan pulut untuk bahagian bawah kuih; Tus pulut yang telah direndam dan kukus bersama dengan daun pandan yang telah disimpulkan, garam dan santan dalam dulang pengukus hingga masak.
  3. Pukul telur dan gula pasir.
  4. Masukkan air, daun pandan dan pati santan. Kacau supaya sebati.
  5. Tekan pulut dengan daun pisang hingga licin. Kukus selama 5 minit.
  6. Masakkan bahagian atas; Kacau campuran telur rata-rata dan tuang ke atas pulut.
  7. Kukus lagi selama 15-20 minit hingga adunan pejal. Lap wap dari tudung pengukus supaya kepala kulit itu tidak beralur.
  8. Keluarkan daripada pengukus. Sejukkan dalam dulang yang berisi air.
  9. Potong dalam serong wajik dan hidang dalam pinggan kuih beralas daun pisang..

purple saje nk kongsi nan kowg sal kuih seri muka nie...
sbb nie kuih peberot purple lah...
sedap sngat2.....
SELAMAT MENCUBA YA KAWAN2 PURPLE...



dua2 warne nie purple ske....sedap 2...hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...