Blogger Backgrounds

Isnin, 25 Julai 2011

PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT) SESI JUN 2011

Permohonan kemasukan ke program pengajian Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Sesi Disember 2011 Fasa Kedua akan mula dilaksanakan pada minggu kedua bulan Ogos 2011.



Status Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Sesi Jun 2011

Politeknik menyediakan 28500 tempat bagi sesi Jun 2011.22780 tempat bagi lulusan SPM manakala bakinya bagi lulusan sijil politeknik,sijil kolej komuniti dan lulusan matrikulasi bagi melanjutkan pengajian keperingkat diploma.  Manakala 120 tempatdisediakan kepada lulusan diploma politeknik bagi menyambung pengajian ke peringkat diploma lanjutan dalam bidang Mekanikal, Mekatronik, Elektronik Perubatan dan Reka Bentuk & Pembuatan Automitif. Pemohon boleh menyemak keputusan mulai 22 Mei 2011 di www.politeknik.edu.my.

Prosedur Pengurusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA, Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional Dan Latihan Kemahiran

Dimaklumkan sejumlah 467,766 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tahun 2010. Dimaklumkan juga bahawa semua calon yang layak berpeluang melanjutkan pengajian selepas tamat pengajian di peringkat SPM. Calon berpeluang memilih melanjutkan pengajian mereka sama ada di IPTA atau di Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional dan Latihan Kemahiran (ILK) di seluruh negara. Maklumat lanjut

Pusat Pengambilan Setempat Kemasukan Ke Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 April 2010 memutuskan bahawa Pusat Pengambilan Setempat bagi kemasukan Kemasukan Ke Program Sijil Dan Diploma Institusi Pendidikan Teknikal & Latihan Vokasional (TEVT) Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) untuk mengikuti Program Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan akan diselaraskan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mulai tahun 2011. Maklumat lanjut





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...